Pages

Monday, February 22, 2016

Upgrade Barang Rumah

0 comments
Hi Nadim..Hi Bakri..Hi Sayang-sayang Mummy..

Tak ada apa yang significant pun kat entry ni..cuma Mummy nak cakap...rumah kita dah ada Astro OD dengan Unifi 30Mbps...woohooo..

Proses nak upgrade tu memang menyakitkan hati..ketahuilah wahai anak, dealing with customer service can be frustrating most of the times. It was only after Daddy lodged a report dekat SKMM, the technician came to our house. It took them 4 days. Part of the reason, it was because of the public holiday and technician tak kerja on public holiday. But since daddy dah report to SKMM, they had to come.

Our Astro service was out masa cuti CNY. Bayangkan kehidupan without Astro. We had to connect our laptop to the TV guna HDMI cable and kita hanya dapat tengok youtube..nyanyi wheel on the bus, nyanyi lagu Didi & friends, Tayo the little bus, Robocar Poli, Thomas & friends.

Then, Unifi pulak....

Same story on the delay..sampaikan Mummy sempat la pergi beli TV baru. Now rumah kita dah ada dua TV. Riaknya Mummy sebab dah ada Android TV. Tapi, Mummy still tak master lagi guna remote control dia, perasaannya adalah lebih kepada sakit hati plus menyesal. Kenapalah Mummy pergi beli TV tu. Sangatlah impulsive shopping tanpa fikir panjang. Semua sebab Unifi yang konon nak datang esoknya. Nak tengok HyppTV punya pasal.Haha.

Okaylah. Mummy nak sambung buat kerja. This week boleh kata hari-hari ada tender deadline. Bertabahlah wahai anak-anak sayang.

Mak the Erfans.
23rd Feb'16
1.52pm

Monday, February 15, 2016

Hello Again

0 comments
Hai Nadim..

Sorry, Mummy last tulis blog masa you age 6 months old.

And here we are again. Hi, Nadim! I miss blogging a lot...no time...like seriously...no time..


Nadim,

As you know, we have a new joiner in our family. Baby Bakri. Hi, Bakri baby bucuk-bucuk Mummy!
16.07.15

So Mummy buat stick family yang baru...sila lah tengok...you like? Tak kesah!...


Okelah..till the next post yang Mummy tak berani nak janji bila Mummy nak taip..



Mummy Nadim & Bakri
16.02.16
1.48pm

Monday, March 24, 2014

Remembering MH 370

0 comments
Nadim,

Malam tadi (24/03/2014) our beloved PM, Datuk Seri Najib Tun Razak, has announced that MH370 has ended its flight somewhere in the middle of Hindi Ocean.

Being pessimistic I am, Mommy selalu cakap, 'Diorang dah tak ada..we cannot live that long without eating and drinking. It is just a matter of dekat mana kita akan jumpa bukti diorang jatuh. That is the closure I am waiting for'

Somehow Mommy masih lagi tak boleh accept the news semalam. To me, biarlah ada solid evidence on the debris. Verify la cepat-cepat apa benda yang diorang jumpa in the middle of the ocean. Jangan biarkan we all macam ni. That's all that all of us, Malaysian, are asing for. Perhaps they managed to get out the plane pastu guna lifeboat and life jacket pergi to the nearest land they could find.

To me, berita semalam tu boleh jeopardize the SAR work. The team, which in my opinion (not to finger point / blame any parties), will no more focusing on the survivor. Who knows kan diorang stranded dekat mana-mana. I really really hope ada seorang dua survivor to tell us what happened that night of 8th March 2014.

Anyway, dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali. To the family of passengers and crews of MH 370, my heartfelt condolences to you guys. Be strong. Insya Allah ada perancangan yang lebih baik dari NYA.

To the people of MH 370, we personally don't know about you. But the thought will always be with you. RIP to all.

Mommy Nadim,
25 March 2014, 1.10 pm

Wednesday, February 19, 2014

Birth Story Part 2

0 comments
Hai Nadim,

Mommy nak sambung lagi cerita haritu..

So lepas settle pengebumian Atuk, Nenek buat tahlil kat sekolah tahfiz private 2 malam berturut-turut plus satu malam kat rumah Nenek...Mommy pergi satu malam je kat sekolah tahfiz tu..sebelah sekolah private tu ada sekolah tahfiz government..Nadim nak masuk tahfiz? Masuklah ye, boleh strengthen Nadim punya pendidikan agama..

Oke berbalik ke cerita lepas kebumi, adik beradik Daddy rushing here and there sebab nak settlekan harta arwah Atuk, diorang tak tau once report kematian, semua akaun bank kena freeze..arwah Atuk ada bisnes catering, so company punya account pon kena freeze..tu yang diorang kena pergi sana, pergi sini untuk nak unfreeze, company nak kena ada duit nak buat modal beli barang dengan nak bayar duit gaji orang, nak.

Beberapa hari sebelum tu, Mommy ada check-up kat Klinik Ibu & Anak kat Kg. Cheras Baru. Mommy cerita kat doktor yang haritu ada sikit bleeding tapi more to period stain. So doctor buat vaginal examination ataupun nama biasa dia 'seluk'. Dia kata baru buka dalam 1cm saja and .ia bagi sample of vaginal swab and suruh Mommy hantar dekat hospital yang Mommy plan untuk deliver nanti. Sebab dah penat and lapar, Mommy and Daddy decided pergi on the following day saje.

So kita pon pergi Hospital Pantai Cheras (PCMC..sama abbreviation dengan Prince Court). Nurse kat sana pasang mesin CTG scan for 30 mins nak monitor contraction. The sound was too loud, tapi bila kita follow the rhythm, boleh buat mengantuk...layan je. At the end of the session, lagi sekali kena seluk, nurse kata belum laluan belum buka lagi. Mommy cerita la macam dah ada bleeding and Mommy rasa macam it's time. Nurse tu cakap, bleeding tu sebab kena 'seluk' tu. So OK lah, kita telan sajelah explaination itu since we are not the expert kan. Balik rumah and layan aja la lenguh-lenguh pinggang tu selagi terdaya.

Ok to cut the story short, pagi Sabtu tu Mommy dah rasa sakit sangat pinggang. Jalan pon dah macam nenek bongkok tiga. Daddy pulak kena kerja. So Mommy iron baju Daddy dulu, siap-siapkan barang kerja Daddy apa yang patut. Mommy cakap dengan Daddy, rasa sakit sangat dah ni. Daddy kata takpe, rehat baring-baring dulu. Daddy pergi kerja. Mommy pon try baring. Pusing kiri, pusing kanan...tak ok jugak. Badan pon dah berpeluh-peluh (orang pregnant memang badan asyik rasa panas je..idk why). Nak jalan dari bilik Mommy ke shower dalam bilik Opah tu terasa amatlah jauhnya. Tengok-tengok ada bleeding lagi. Kalini banyak dari yang earlier. Mommy cakap kat Opah. Dia kata,"Haa, tanda-tanda la tu..jom pergi hospital". Mommy mintak nak tunggu Daddy. Mana boleh tinggalkan Daddy.

Mommy rasa at time Mommy call Daddy cakap nak pergi hospital tu, Daddy baru start buat kerja. Tup tup..kena balik semula. Kesian Daddy. Daddy tak marah kan..kan? Mesti la tak marah. Mommy tengah sakit gila. Mommy call dalam pukul 9.45am, Mommy sempat mandi, makan tapi tak lalu pun, minum air kosong sikit. Pukul 10.20 camtu Daddy dah sampai rumah. So Mommy, Daddy and Opah naik kereta pergi hospital. Tokwan naik motor sebab in case lama sangat, Tokwan boleh bawa Opah balik siapkan apa yang patut kat rumah.

Sampai kat hospital, another 'seluk'. Nurse cakap dah bukak 4cm, dah boleh masuk labour room.Waahhh, tetiba rasa takut. Mommy keluar bilik preparation tu, Mommy tak nampak Daddy, Opah je berdiri kat luar bilik tu. Ok, dah sangat takut. Sangat, sangat, saaaaangat takut!! Opah teman Mommy jalan pergi labour room. Kat area tu, ada 3-4 bilik. Sebelum Mommy masuk bilik tu, Mommy toleh lagi. Yeay!! Daddy dah masuk. Yeay!!!

Sekali lagi, nurse pasang mesin apatah nama dia. Kalini nak monitor heartbeat baby and contraction (we assume). Mommy tak nampak screen mesin tu. Daddy saja lah yang tukang tengok. Everytime % naik, Mommy rasa sakit. So it must be untuk contraction. Sebelum masuk labour room tadi, nurse dah cucuk ubat buang air besar. So Mommy dah flush semua yang ada dalam perut sebelum masuk labour room lah. Tapi tetiba ada rasa lagi terkeluar. Memang malu la kat nurse semua. Tapi come to think about it sekarang, ala, diorang mesti dah biasa.

Mommy tak tulis my birthplan that time. Sebab at first kan Doktor cakap Mommy due on 8th October 2013. Mommy kata ala, 1st October pun sempat lagi tulis. Haa tu lah, padan muka. Just so you know, Nadim, procastination tu tak bagus. Not good OK not good at all!! Mommy just cakap kat Daddy, i want a natural vaginal birth, no epidural and fully breastfeed my baby. Apa pon Doktor decide, Mommy suruh Daddy stands for me and my birthplan. Sakit macam mana pon, no epidural ye. No no no. The reason tu sebab dimomok oleh my officemates and also from internet, dia cakap epidural ada long term side effect seperti sakit belakang. So tak boleh angkat berat, tak boleh duduk lama and tak boleh berdiri lama, and also kita tak tau masa bila nak push sebab sakit tu dah dikurangkan. Hmm hmmm..ok memang tak nak epidural. Since my waterbag belum pecah lagi, nurse kata nak pecahkan. I regret melihat alat nak pecahkan waterbag tu. Scary tau, gunting dengan bilah yang sangat panjang. Bayangkan sakit seluk pon tak habis lagi, ni pulak nak masukkan gunting tu. Mommy risau. Kalau salah cucuk, kena kepala baby ke, mata baby ke telinga, siapa susah nanti? Pukul 11.30, air ketuban pecah and the waiting game begins.

Time tu, Mommy dah tak larat sangat. Nurse pon start cucuk tangan Mommy untuk letak wayar drip tu. Ok, sekarang ada rasa lega sikit. Dah tak payah fikir pasal lapar. Mungkin masuk air gula. Then diorang bagi corong untuk hidu laughing gas. Time tu, takut nak sedut sebab takut side effect kat baby and Mommy. Tapi nurse tu convincekan Mommy kata tak ada apa pun. Cumanya Mommy akan rasa lalok. Since dah sakit sangat, tak apa lah hidu sikit. Time tu imagine kalau hidu, mesti tergelak-gelak. Huh, harapan hampa. Takde ada pon gelak-gelak. Tapi betul la rasa mengantuk, kepala pun ringan je. Mommy bagi Daddy try sikit. Pastu Daddy gelak. Taktau la effect kat orang tak sakit atau pon Daddy ketawa sebab kita melanggar peraturan hospital time tu. Hahahaha. itu saje lawak yang boleh buat ketawa time sakit yang macam nak putus nyawa tu. Macam-macam la Daddy buat untuk Mommy sementara nak tunggu Nadim keluar. Dia layankan saja Mommy. Time tu rasa sayang sangat kat Daddy.

Pukul 1.30pm, Nadim tak keluar-keluar jugak. Doktor dah risau, takut Nadim lemas. Mommy takut kalau-kalau kena operate. Mommy taknak. Mommy nak bersalin secara normal. At least Mommy tau macam mana sakit bersalin bila orang bercerita. Doktor suruh push, dah penat Mommy push, tak keluar jugak. Yang Mommy ingat masa tu perut Mommy berombak-ombak. "Baby, kenapa tak nak keluar lagi ni..Mommy dah tak larat" Mommy cakap dalam hati. Kaki pun Mommy tak larat nak angkat kat tempat gantung kaki. Ada la few times jugak Mommy try push, final yang Mommy ingat nurse tolong tolakkan perut, Nadim pun keluar. Mommy passed out sekejap. Tapi Mommy sempat rasa diorang letak Nadim atas badan Mommy.
Then macam memang passed out. Mommy tak sedar time uri keluar. Time terjaga tu, Mommy tengah kena jahit. Sakitnya, Allah saja yang tau.

Time Mommy kena jahit, Daddy ikut Nadim pergi nursery room. Dia azankan Nadim, tengok Nadim pakai tag ada nama Mommy. Dia balik je dekat Mommy, Mommy tanya baby dah menangis ke belum. Dia cakap dah. Alhamdulillah. Hilang satu kerisauan kat hati. Mommy pon dah siap dijahit time tu. Tinggal diorang nak sorang Mommy masuk wad. Time tu makcik pembantu nurse ada pesan, kena tekan-tekan area pusat sebab nak bagi darah keluar habis. Pastu dia cakap, nanti Doktor akan bagi ubat cuci, pakai everytime buang air kecil / besar. Then dia pesan lagi, kalau nk buang air besar, duduk kat hujung-hujung toilet. Jangan tekan-tekan. Of all the pesanan, Mommy paling takut part buang air besar sebab Mommy tau Mommy bukan jenis senang nak buang air besar. Huhuhuh..

Diorang tolak Mommy masuk wad. Dapat bilik dua katil. Katil sebelah Mommy ada nyonya tapi dia bukan kes bersalin. Dia macam baru lepas buat operation. Dengar-dengar macam kanser. Entah. Tapi dia dengan saudara-mara memang bising. Mommy dah la tak boleh tidur. Dengar diorang bersembang tu, lagi la tak boleh nak tidur. Dalam bilik time tu ada Opah, Tokwan, Daddy. Papa, Ibu and Abg Darish sampai lewat sikit. Dua jam lepas Nadim keluar, diorang hantar Nadim dekat Mommy. Masya Allah. Comelnya. Walaupon Nadim tak seputih Abg Darish and Kak Hana, tapi Mommy rasa Nadim la baby paling comel Mommy pernah tengok. Biarla apa orang kata. And then, Nenek, Mak Long, Abg Afi, Kak Hana, Pak Ngah, Kak Sofia, Kak Syaurah & Abg Yin pun datang. Diorang bagi hadiah kat Nadim. Ada blanket dengan baby bath. Yeay. Mommy suka. Tu la first gift Nadim.

Kalau boleh, Mommy nak turn back time ke first night kita dekat hospital. Being a first time mother, Mommy tak tau macam mana nak breastfeed Nadim and Nadim pulak asyik menangis. Mommy ingat Mommy press the bell banyak kali. Tapi nurse tak datang. Mommy stress sangat. All I wanted to do is to stop the crying. Mommy tak tau yang skin-to-skin contact boleh tolong untuk breastfeed. Actually Mommy banyak tak tau pasal breastfeeding. Itu my biggest regret and my biggest mistake sebab tak gather knowledge on breastfeeding prior to your arrival. Anyway, nanti Mommy buat satu entri on breastfeeding journey yang tidak kesampaian..sob sob..

The next day, Tok Andak and Opah (his wife) datang melawat. Unfortunately Nadim still kat nursery. Diorang tak hantar Nadim dekat Mommy. Bila Nenek and Maklong datang lagi sekali, baru diorang hantar Nadim. Time tu sempat la jugak Nadim bertahnik. Tahnik a.k.a membelah mulut. Rasionalnya untuk membangkitkan sel-sel deria rasa dalam mulut supaya baby boleh minum susu. Cara dia dengan guna buah kurma yang dilenyek-lenyek, sedikit madu and few drips air zam-zam. Orang dulu-dulu bagi alim ulamak kunyahkan supaya dapat ambil berkat ilmu agama dia. Tapi zaman sekarang, due to hygienic reason, lenyek pakai sudu garfu saja.

Pretty much itu lah highlight on your arrival. Hari ketiga, time kita nak siap-siap discharge, your paedtrician datang and check Nadim. At that time Nadim baru nak start kena kuning. Tapi doktor bagi discharge dulu and dia bagi date untuk appointment. Dari situ, kita sambung lagi dekat entri lain ye.

Nadim ..2-3 jam selepas selamat dilahirkan
Love,
Mommy
20th February 2014, 2.59pm.

Tuesday, February 4, 2014

Birth Story Part 1

0 comments
Cerita beranak Mommy tak macam cerita orang lain (I guess)..cerita Mommy mula dengan cerita sedih..

Hari Isnin (23 September 2013) pukul 3.30 pagi, Mommy tersedar sebab hp Daddy Nadim vibrate banyak kali, nombor yang call tu macam dari area rumah Nenek..Mommy tak sedap hati..tapi time tu Mommy tak dapat nak jawab sebab limited movement..perut dah besar..dalam hati ni, Mommy dok tanya-tanya..apa jadi dekat Nenek..last time Mommy jumpa Nenek, dia cakap dia pening, badan macam melayang-layang..mungkin jiran Nenek call pagi-pagi tu sebab nk suruh Daddy bawa pergi klinik..

Pukul 3.45 pagi, ada lagi satu call..Mommy nampak samar-samar..tu nombor telefon rumah Nenek tu..sah! Nenek tak sihat..takpelah, biar Daddy saje bawa Nenek..Mommy tak larat nak teman..harap-harap Daddy tak ajak Mommy ikut sekali..

Tapi! tapi tapi tapi..bila Daddy dah habis cakap, Daddy suruh siap..Daddy kata kena pergi hospital tempat Atuk kena tahan, Nenek kata doktor suruh waris Atuk semua datang.."Dah kenapa? Nak buat emergency surgery ke?"...Daddy kata kita pergi rumah Nenek dulu, amik Nenek..

Lebih kurang pukul 4.15 pagi, sampai rumah Nenek..diorang suruh Mommy stay rumah je..takpelah, Mommy ikut..lagi pon siapa nak parking kereta kalau Daddy nak kena teman Nenek naik wad..So yang pergi, Mommy, Daddy, Nenek & Maklong..Abg Afi & Kak Hana tinggal dulu kat rumah Nenek..

Dari lif nak pergi wad Atuk punya la jauh..dengan perut Mommy yang dah besar (tapi orang lain kata kecik je lagi)..memang mengah sikit la nak jalan...agak-agak dalam 15-20 tapak nak sampai pintu wad, Maklong dapat call..kata Atuk dah takde..Nenek time tu dah lemah lutut, Mommy yang paling dekat..so Mommy peluk Nenek supaya Nenek tak jatuh terus kat lantai kalau dia tiba-tiba blackout..Mommy pulak macam in denial..kita dah nak sampai depan pintu wad..kenapa Atuk tak tunggu kita..kenapa Atuk pergi cepat camtu?

FYI, Nadim..Atuk lately memang selalu keluar-masuk wad..boleh kata Atuk masuk wad every month..admitted seminggu dua, discharge...then masuk balik..that final time Atuk kena tahan, dia baru discharge dalam 3-4 hari sebelum tu..kadang-kadang sebab jantung, kadang-kadang sebab sesak nafas, kadang-kadang sebab diabetes..biasalah bila dah ada penyakit 3 serangkai tu..

This time he lost the battle..sedekah al-Fatihah kat Atuk ye sayang..Mommy walaupon tak banyak memori dengan Atuk, tetap rasa ralat..sebab Atuk tak sempat tengok Nadim..itu saje the biggest regret yang Mommy ada bila Atuk pergi..Mommy cuma terngiang-ngiang time bulan puasa, masa Atuk jatuh motor. so Daddy dengan Mommy bawa pergi klinik..Atuk cakap time tu.."Nasib baiklah Fuad dengan bini dia tengah sarat-sarat pon datang tolong Abah"..ada juga Atuk ingat kat Mommy, menantu yang tak pernah masak kat dia ni..

Mommy rasa nanti sambung cerita lagi..Mommy sebak nak ingat cerita Atuk..tapi it has to be documented for you, Nadim..sebab dia trigger Nadim punya big day jugak..well sort of lah kan..


Pen off,
4th February 2014, 6.25pm




Wednesday, January 29, 2014

Intro

0 comments
Hai Nadim,

Mommy dah delay entry ni for abount 4 months. Selalu je niat nak bukak blog baru for you. The previous blog banyak sangat kisah tak best semasa remaja yang Mommy taknak Nadim baca bila dah besar. Yet Mommy takmo privatekan...haperntah Mommy ni kan..lantak ler..

Takpelah. Tu saje untuk intro Mommy. Sekarang Mommy nak balik jumpa Nadim. Kalau rajin, Mommy update lagi.

Lepas ni Mommy nak buat entry on birth story. Hopefully Mommy still boleh buat ikut chronology of event yang betul....huhu..maklumlah, sejak bersalin, rasa daya ingatan makin lemah. No no, I am not blaming you, my darling Nadim..itu sekadar melepas apa yang ada di fikiran.

Pen off,
5.50pm, 29/01/2014.
 

Alkisah Mak Nadim Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez